Huawei Mate X Akan Dilancarkan Dengan Pemproses Kirin 990 Dan Sensor Kamera P30
Pelancaran Huawei Mate X beberapa kali ditangguh bagi membolehkan peranti diuji dengan lebih terperinci dan penambahbaikan dilakukan bagi mengelakkan ia mengalami masalah yang sama seperti Galaxy Fold. Tetapi nampaknya Huawei turut melakukan perubahan pada perkakasan bagi menjadikannya peranti yang lebih baik berbanding yang diperlihatkan di MWC Barcelona Februari yang lalu.
Menurut laporan Neowin yang melawat kampus Huawei di Shenzen minggu lalu, Mate X telah dikemaskini dengan pemproses terkini Kirin 990. Pada waktu yang sama sistem kamera P30 digunakan berbanding kamera Mate 20 yang digunakan sebelum ini.
Sensor RYYB menggantikan sensor RGB biasa yang memberikan kemampuan mod malam yang lebih mantap. Kemas kini perkakasan ini telah dilakukan bagi meletakkannya lebih setanding dengan Mate 30 Pro yang akan mula dijual sekitar Oktober.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment