Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura-Ura) Perkhidmatan Apple Arcade Dijangka Menawarkan Harga Langganan $4.99 Sebulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura-Ura) Perkhidmatan Apple Arcade Dijangka Menawarkan Harga Langganan $4.99 Sebulan


Apple telah pun memperkenalkan Apple Arcade pada bulan Mac yang lepas, dimana ia akan menawarkan perkhidmatan permainan video yang boleh dimainkan pada pelbagai peranti keluaran Apple dengan hanya satu langganan.

Perkhidmatan berkenaan dijangka akan dilancarkan bersama-sama iPhone baru pada acara September kelak, dan kini info awal berkenaan harganya telah mula kedengaran.

Apple Arcade

Menurut 9to5Mac, melalui sebuah API yang ditemui, ia memperlihatkan Apple Arcade akan ditawarkan pada harga langganan $4.99 di Amerika Syarikat. Buat masa ini, harga tempatan masih belum diketahui – malah Apple sendiri masih belum mengesahkan harga nya secara rasmi.

Tetapi, sekiranya benar, maka ia boleh dikatakan agak murah untuk penawaran akses premium kepada pelbagai permainan pada iOS, Mac dan juga Apple TV. Apple sebelum ini telah mengatakan lebih 100 permainan akan ditawarkan melalui Apple Arcade pada peringkat permulaan – dan harga berkenaan boleh dikatakan sangat kompetitif sekiranya penawaran permainan yang hadir adalah menarik melalui Apple Arcade.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut mengenai penawaran Apple Arcade ini tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.