Nate Mitchell Salah Seorang Pengasas Oculus Pula Meninggalkan Facebook
Pada tahun 2014, Oculus diambil alih oleh Facebook dengan nilai $2.0 bilion. Teknologi realiti maya Oculus kemudian berkembang dengan sokongan pada Galaxy Gear VR dan Oculus Quest yang boleh berfungsi secara kendiri. Hari ini Nate Mitchell, salah seorang pengasas Oculus mengumumkan beliau akan meninggalkan Facebook.
Menurut beliau keputusan diambil bagi meluangkan lebih masa dengan keluarga, bercuti dan berehat. Beliau walau bagaimanapun akan kekal aktif di dalam komuniti pembangunan realiti maya. Sungguhpun tidak lagi bersama Facebook, beliau berharap pasukan yang ditinggalkan akan meneruskan usaha sedia ada dan menanti produk menarik yang akan dilancarkan di masa hadapan.
Pemergian Nate Mitchell berlaku sepuluh bulan selepas Brendan Iribe yang juga merupakan pengasas Oculus meninggalkan Facebook. Mereka mengikut jejak langkah pengasas WhatsApp dan Instagram yang juga meninggalkan Facebook selepas dilaporkan tidak bersetuju dengan arah tujuan aplikasi selepas diambil alih oleh Zuckerberg.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment