Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spotify Dan Apple Dilaporkan Bekerjasama Untuk Meningkatkan Integrasi Pada Siri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spotify Dan Apple Dilaporkan Bekerjasama Untuk Meningkatkan Integrasi Pada Siri


Awal tahun ini Spotify menuduh Apple menghalang aplikasi mereka dari disokong sepenuhnya pada sistem pembantu maya Siri. Apple dikatakan memberikan kelebihan kepada Apple Music yang merupakan pesaing terdekat Spotify di pasaran Amerika Utara. Menurut laporan The Information hari ini, kedua-dua syarikat kini sedang bekerjasama bagi memberikan integrasi yang lebih mendalam Spotify apabila menggunakan Siri.

Menerusi integrasi mendalam, jumlah arahan suara yang lebih pintar dapat dilakukan untuk mengawal Spotify. Ini besar kemungkinan akan dilakukan dengan menggunakan kerangka SiriKit yang digunakan pada iOS 13 kelak. Ia juga akan akhirnya membenarkan Spotify jadikan pemain muzik pilihan pada HomePod menggantikan Apple Music pada waktu ini.

Sebelum ini Spotify telah bekerjasama dengan Samsung untuk menjadikan aplikasi mereka sebagai pemain muzik pilihan pada peranti pintar dan peranti audio visual keluaran gergasi Korea ini. Spotify dipaparkan dengan jelas ketika menggunakan Bixby. Tidak seperti Apple, Samsung tidak lagi mempunyai perkhidmatan penstriman muzik sendiri selepas menghentikan Milk Music.

Sumber The Information menerusi 9to5Mac



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.