Sesetengah Model MacBook Pro 15 Kini Diharamkan Dari Dibawa Ke Dalam Pesawat
Pada penghujung Jun lalu Apple memulakan program panggilan semula MacBook Pro 15 yang dihasilkan di antara September 2015 hingga Februari 2017. Program gantian dilakukan kerana terdapat risiko kebakaran boleh berlaku kerana masalah ditemui di dalam bateri. Bloomberg pagi ini mengumumkan kesemua model MacBook Pro 15 yang terjejas dengan masalah bateri kini diharamkan dari dibawa masuk ke dalam pesawat oleh FAA di Amerika Syarikat.
Pengharaman ini menyebabkan komputer riba tidak boleh dibawa masuk ke ruang kargo dan juga kabin pesawat. Arahan FAA ini menyusuli arahan pengharaman yang sama diberikan oleh The European Union Aviation Safety Agency pada awal bulan ini.
Di Amerika Utara sahaja terdapat lebih 450,000 MacBook Pro 15 yang perlu ditarik semula selepas masalah risiko kebakaran bateri ditemui. Jumlah MacBook Pro 15 yang terjejas di pasaran lain masih belum diketahui. Arahan pengharaman ini mirip dengan apa yang berlaku ke atas Galaxy Note 7 selepas masalah bateri meletup secara rawak dan arahan panggilan semula produk dilakukan oleh Samsung.
Sekiranya anda pemilik MacBook Pro 15 yang dipanggil semula kami menyarankan anda memulangkannya semula kepada Apple untuk proses gantian dengan kadar segera. Anda juga perlu membawa bukti bateri telah digantikan sekiranya ingin terbang ke Eropah dan Amerika Utara bagi memudahkan proses membaca masuk komputer riba ke dalam pesawat.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment