Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kuo – Apple Akan Menggunakan Semula Rekaan Seperti iPhone 4 Pada Tahun 2020 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kuo – Apple Akan Menggunakan Semula Rekaan Seperti iPhone 4 Pada Tahun 2020


iPhone 4 ialah antara peranti dengan rekaan ikonik kerana masih mempunyai saiz yang kecil dengan tubuh diperbuat daripada logam. Kami masih dapat melihat ramai pengguna peranti yang sudah agak berusia ini. Sejak iPhone SE dihentikan, Apple tidak lagi menggunakan rekaannya pada peranti generasi terbaru. Hari ini penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo meramalkan rekaan klasik ini akan digunakan semula pada iPhone 2020.

Beliau mengatakan iPhone 2020 (iPhone 12) akan kembali menggunakan bingkai logam sisi yang rata yang dipadankan dengan skrin 2.5D sedia ada. Tambah beliau lagi skrin OLED akan digunakan begitu juga dengan sensor 3D TOF pada kamera belakang dan sokongan rangkaian 5G yang tidak diberikan pada iPhone 11 tahun ini.

Ini bukan kali pertama ura-ura rekaan iPhone 4 (atau 5S) akan digunakan semula pada peranti generasi baharu. Sebelum ini Apple dikatakan akan melancarkan iPhone SE 2 tetapi ia kemudian dibatalkan. Imej pengolokan yang tertiris menunjukkan rekaan tubuh yang sama cuma dengan sistem Face ID menggantikan pengimbas cap jari Touch ID.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.