Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lokman: Saya Dipanggil Ke Bukit Aman Hara ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lokman: Saya Dipanggil Ke Bukit Aman Hara ini


Esok, 3 Sept 2019, jam 11.00 pagi di Pintu Masuk Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman – Bertentangan Parking Bertingkat), saya akan mengadakan Sidang Media sebelum memberi keterangan berhubung Laporan Forensik Video oleh Pakar United Kingdom di Bukit Aman. Laporan tersebut telah saya serahkan melalui whatapp kepada Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dan telah disahkan penerimaannya oleh pihak PDRM hari ini.
Saya tidak pasti apa yang mereka mahu dari saya lagi, namun saya berharap kertas siasatan yang diumumkan telah diserahkan oleh pihak Polis kepada Jabatan Peguam Negara adalah untuk tujuan pendakwaan keatas pelaku Video Seks Luar Tabii tersebut iaitu Azmin dan Haziq. Jika ini berlaku, saya akan mengugurkan nama Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hamid Bador sebagai salah seorang defenden dalam saman saya.
Namun, jika kertas siasatan yang dihantar kepada Jabatan Peguam Negara hanya tertumpu kepada siasatan keatas pihak yang melapor jenayah Azmin atau pihak yang cuba mencari kebenaran dengan mendapatkan khidmat Pakar Forensik Negara lain, tindakan undang-undang terhadap KPN dan Peguam Negara akan tetap Peguam saya, Fazila & Logen teruskan. Sekian, semoga keadilan dapat ditegakkan dalam kes inj. Terima kasih.
Dato’ Lokman Noor Bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat
*****************************************************************
Lokman dipanggil ke Bukit Aman esok
(Utusan) – Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam antara disiasat kes penularan video seks mirip seorang menteri Kabinet dan kertas siasatan sudah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya juga telah menerima beberapa arahan lanjut dari pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.
“Pihak polis juga menerima satu laporan analisis video oleh Verden Forensics United Kingdom daripada Datuk Lokman Noor Adam.
“Laporan itu sudah dihantar ke Siber Sekuriti Malaysia untuk diteliti manakala Lokman akan dipanggil semula untuk rakaman percakapan lanjut esok,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Huzir, sejak 11 Jun lalu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sudah menjalankan siasatan ke atas beberapa kes menarik perhatian di negara ini.
Menurutnya, isu pertama membabitkan video di dalam kumpulan WhatsApp ‘Jemputan raya Azmin’ yang tular dalam laman sosial, kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM)1998.
Selain itu, isu pemilik akaun Facebook Sir Azri yang mempertikaikan kes arwah Syed Mohamad Daniel pula kes turut disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 AKMM 1998.
“Pemilik akaun Facebook Papagomo atau lebih dikenali sebagai Wan Azri Wan Deris sudah dipanggil memberi keterangan dan polis menunggu laporan analisis digital ke atas barang kes sebelum dirujuk ke Pejabat Peguam Negara,” ujarnya.
Katanya, isu pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik yang mendakwa bangsa India di Malaysia tidak menyokong Perdana Menteri pula disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
“Zakir dan beberapa saksi dipanggil untuk memberi keterangan dan kertas siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara serta masih menunggu keputusan serta arahan lanjut.
“Manakala isu Tun Dr, Mahathir Mohamad yang didakwa menyifatkan Dong Zong sebagai rasis turut disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya.
Menurut Huzir, keterangan daripada Setiausaha dan Pengerusi Dong Zong serta Timbalan Menteri Pendidikan sudah diambil dan kes akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk mendapat nasihat dan arahan lanjut.
“Isu Blogger Koon Yew Yin yang memberi komen negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula kes disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 AKMM 1988.
“Rakaman percakapan beliau sudah diambil dan rampasan ke atas beberapa peralatan digital yang digunakan sudah dibuat di mana kes masih dalam siasatan dan menunggu laporan profiling dan laporan analisis digital daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” jelasnya.
Ujarnya, isu Dr. Zakir Naik yang didakwa meminta agar kaum Cina keluar dari Malaysia pula disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang mana beliau bersama beberapa saksi dipanggil memberi keterangan.
“Kertas siasatan sudah ditaklimatkan kepada Pejabat Peguam Negara dan polis masih menunggu keputusan dan arahan lanjut.
“Sementara itu, isu lima individu membuat kenyataan menyebabkan keresahan dan kemarahan orang ramai terhadap Zakir pula disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” tambahnya.
Huzir menjelaskan, beberapa saksi sudah dipanggil memberi keterangan dan kes dirujuk ke Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan nasihat dan arahan lanjut.
“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan tidak memainkan sebarang isu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini,” tegasnya.


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.