Xiaomi Sedang Membangunkan Empat Peranti Dengan Kamera 108MP
Pada minggu pertama Ogos lalu, Xiaomi telah mengacah yang mereka akan hadir dengan yang menggunakan kamera 108MP. Lensa yang akan digunakan adalah jenis ISOCELL dari Samsung dan ia dijangka akan digunakan pada Mi MIX 4. Selang seminggu kemudian, Samsung ISOCELL Bright HMX 108 megapixel, dilancarkan oleh Samsung dengan kerjasam bersama Xiaomi. Ia adalah lensa pertama yang melangkaui 100MP untuk telefon pintar.
Terkini, pihak XDA telah menemui bukti yang akan terdapat empat peranti daripada Xiaomi yang bakal mempunyai lensa 108MP. Perkara ini ditemui pada aplikasi Mi Gallery yang terkini, yang mana telah menambah sokongan untuk paparan imej yang diambil dengan lensa 108MP. Sokongan ini disenaraikan hanya untuk peranti “tucana“, “draco“, “umi” dan“cmi“. Keempat-empat ini adalah kod nama buat peranti-peranti Xiaomi akan datang (mungkin juga Redmi).
Menurut XDA lagi, ada kemungkinan besar yang keempat-empat kod nama ini tiada langsung mewakili Mi MIX 4. Jika benar ura-ura mengatakan yang Mi MIX 4 juga akan menggunakan lensa 108MP, bermakna akan terdapat 5 peranti Xiaomi yang mempunyai sokongan ini. Walau bagaimanapun, aplikasi galeri yang dikemaskini ini bukan bermakna semua peranti akan mampu merakam imej 108MP. Ia hanya menambah sokongan boleh paparkan imej 108MP, yang mana imej boleh dizum tanpa sebarang masalah.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment