Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Azan Ke Telinganya Dengan Suara & Lagu Terbaik." Jamal Abdillah Timang Anak Di Usia 60 Tahun, Pilih Nama Nur Azura Yamani - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Azan Ke Telinganya Dengan Suara & Lagu Terbaik." Jamal Abdillah Timang Anak Di Usia 60 Tahun, Pilih Nama Nur Azura Yamani



Tiada apa yang menggembirakannya bagi seorang suami apabila bergelar ayah. Lebih istimewa lagi, zuriat tersebut ditimang selepas 13 tahun. Semalam, penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah, 60 berkongsi berita baru menimang cahaya mata  selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, selamat melahirkan anak perempuan di sebuah hospital swasta.

Memilih nama yang cukup indah, Nur Azura Yamani, Jamal sempat berkongsi wajah puteri pertamanya yang kelihatan putih serta gebu seperti ibu dan bapanya. Malah, sebaik si kecil itu melihat dunia, dia mengazankan anaknya itu dengan nada suara paling indah dan terbaik.


“Saya mahu Nur Azura buat kali pertama mendengar kalimah yang paling indah dalam hidupnya. Saya azankan ke telinganya dengan suara dan lagu terbaik,” kata Jamal berkongsi cerita dengan Astro AWANI ketika dihubungi.


Menurut Jamal, isterinya melahirkan bayi seberat 2.7 kilogram secara pembedahan petang semalam kira-kira jam 5.35 petang.

“Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya seberat 2.7 kilogram.”

Namun begitu, Jamal menjelaskan bahawa isterinya akan ditahan di wad dalam beberapa hari lagi susulan daripada proses kelahiran yang dilakukan secara pembedahan.

Tambahnya, isteri tercinta akan mulai berpantang di kediaman mereka di Shah Alam selepas keluar daripada wad kelak.

Jamal juga menerusi perkahwinan sebelum ini mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 tahun.

Selepas kali terakhir menimang anak sekitar 13 tahun lalu, legenda seni tanah air itu berkata, beliau bersedia untuk menguruskan bayi kecil.

Sumber: https://www.keluarga.my


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.