Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengimbas Cap Jari Galaxy S10 Boleh Dipintas Dengan Pelindung Skrin Murah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengimbas Cap Jari Galaxy S10 Boleh Dipintas Dengan Pelindung Skrin Murah


Samsung Galaxy S10 adalah antara peranti terawal yang menggunakan pengimbas cap jari bawah skrin jenis ultrasonik. Sensor pengimbas cap jari ini sepatutnya adalah antara yang paling selamat, jika dibandingkan dengan sensor jenis optikal.

Terkini dalam laporan The Sun di UK, salah seorang pengguna Galaxy S10 mendapati yang peranti mereka boleh dinyahkunci oleh sesiapa sahaja. Ia ibarat sensor pengimbas cap jari pada peranti ini tidak dapat mengenalpasti jari yang telah didaftar oleh pengguna, dan tidak kira sesiapapun boleh sahaja meletakkan jari mereka untuk menyahkunci peranti. Isu ini dilihat berlaku kerana pengguna tersebut menggunakan pelindung skrin murah yang dibeli di eBay pada harga £2.70 (~RM14.50). Tetapi yang menjadi persoalan, bagaimana ia boleh terjadi?

Salah satu spekulasi adalah terdapatnya air gap antara pelindung skrin dan skrin. Disebabkan “jarak” inilah yang menjadikan pengimbas cap jari S10 terus tidak selamat. Tetapi, Samsung telah pun mengeluarkan kenyataan yang isu ini akan dikemaskini dengan tampalan sekuriti akan datang.

“We are investigating this issue and will be deploying a software patch soon. We encourage any customers with questions or who need support downloading the latest software to contact us directly at 1-800-SAMSUNG.”

Pengguna sepatutnya tidak boleh menyalahkan Samsung akan hal ini. Ini kerana pada tetapan mendaftar cap jar sudah pun mempunyai amaran, untuk menggunakan pelindung skrin yang menyokong sensor pengimbas cap jari ultrasonik. Kemudian, mana-mana peranti Android sepatutnya mendaftar semula pengimbas cap jari jika pelindung skrin telah ditukar. Bagi yang masih kurang jelas, kicauan di bawah adalah demonstrasi dari Korea bagaimana ia berlaku. Sebagai langkah keselamatan, gunakan sahaja pelindung skrin asal atau yang lebih mahal.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.