Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS siasat isu pelajar Pasti diberhenti kerana bapa kritik parti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS siasat isu pelajar Pasti diberhenti kerana bapa kritik parti


Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pasti menerima pelajar pra sekolah daripada pelbagai latar belakang, termasuk bukan Islam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Siasatan akan dibuat terhadap sebuah pusat pendidikan pra-sekolah milik PAS berhubung sepucuk surat yang mendakwa pelajar di pusat berkenaan diberhentikan kerana bapanya didakwa mengkritik parti berkenaan, kata Pemuda PAS.
Ketua Sektor Pendidikan Pemuda PAS, Mukhtar Suhaili berkata, beliau maklum mengenai surat berkenaan dan sudah mengarahkan Pasti Selangor melakukan siasatan bagi mendapatkan maklumat dan keadaan sebenar yang berlaku.
“Perkara ini dalam siasatan kerana kita mahu dengar daripada kedua-dua belah pihak. Pada ketika ini kita hanya dengar daripada satu pihak sahaja. Kita tengah buat siasatan dan saya sudah arahkan Pasti Selangor dapatkan maklumat lanjut.
“Buat masa ini terlalu awal untuk saya ulas lebih lanjut. Saya akan akan maklumkan situasinya apabila siasatan sudah selesai. Apa-apa pun, Pasti ini adalah pra-sekolah milik PAS, tetapi ia terbuka untuk semua,” katanya kepada FMT.
Pasti merupakan pusat pendidikan pra-sekolah milik Pemuda PAS. Ia dikelola oleh Jabatan Pasti iaitu sebuah jabatan di bawah Pemuda parti itu.
Sebelum ini, sepucuk surat tular di media sosial membabitkan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) An Najah yang beroperasi di Tanjung Karang, Selangor kerana bertindak memberhentikan pelajarnya berkuat kuasa serta-merta.
Menerusi surat bertarikh 13 Okt yang ditandatangani Ketua Guru Pasti An Najah Jamiah Mustamar menyatakan, pihaknya kesal dengan tindakan seorang bapa pelajar mengecam PAS, ulamak PAS dan pengurusan Pasti.
“Dukacita dimaklumkan bahawa kami pengurusan Pasti An Najah mengambil keputusan muktamad untuk memberhentikan anak tuan dari Pasti An Najah dengan serta-merta.
“Pihak kami amat kesal atas kecaman demi kecaman tuan lakukan ke atas parti PAS, ulamak dan pengurusan Pasti kami sendiri,” katanya seperti dinyatakan dalam surat berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man sewaktu ditemui FMT di Parlimen berkata, secara prinsipnya pusat asuhan berkenaan menerima pelajar daripada pelbagai latar belakang, termasuk pelajar bukan Islam.
“Kita secara prinsipnya tidak menolak pelajar kerana faktor kritik parti, ia tidak timbul. Dalam Pasti sekarang ini, terdapat pelbagai latar belakang dan kita juga terima pelajar bukan Muslim. Saya yakin fakta itu tidak betul, mungkin ada sebab lain,” katanya.
FMT menghubungi pengerusi Pasti Kawasan Tanjung Karang, Hafizuddin Amin bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan, namun beliau memaklumkan sudah diberi arahan tidak mengeluarkan kenyataan.
“Saya sudah diarahkan supaya tidak keluarkan sebarang kenyataan,” kata Hafizuddin. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.