Hi! Welcome Back and Stay Tune! Garmin MARQ Commander Dilancarkan – Jam Tangan Pintar Untuk Kegunaan Tentera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Garmin MARQ Commander Dilancarkan – Jam Tangan Pintar Untuk Kegunaan Tentera


Mac lalu lima model Garmin MARQ dilancarkan bagi mereka yang memerlukan jam tangan pintar mewah dengan rekaan yang kelihatan profesional. Minggu ini tiba giliran Garmin MARQ Commander pula dilancarkan dengan rekaan tahan lasak yang memenuhi keperluan ketenteraan.

MARQ Commander mempunyai tubuh yang diperbuat dari titanium dengan kemasan berwarna hijau olive drab. Tiada warna lain digunakan bagi membuatkannya sesuai digunakan oleh anggota tentera. Skrin peranti juga telah dioptimasikan untuk kelihatan terang walaupun jika dilihat menggunakan kaca mata pandangan malam (NGV).

Seperti jam tangan pintar Garmin yang lain, MARQ Commander hadir dengan peta topografi secara terbina untuk navigasi, altimeter, barometer. kompas, NFC dan sokongan GPS. Terdapat juga fungsi Jumpmaster yang digunakan untuk aktiviti payung terjun,

Bateri yang disertakan boleh membekalkan kuasa sehingga 12 hari pada mod biasa atau 28 jam jika mod penjejakan GPS diaktifkan setiap masa. Sebuah suis khas pada tubuh membolehkan kesemua data GPS dipadan bagi mengaktifkan mod stealth. Garmin MARQ Commander dijual pada harga $1,950 (~RM 8175) seutas.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.