Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Mula Mengembangkan Kawalan Memadam Data Pengguna YouTube, Maps Dan Assistant - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Mula Mengembangkan Kawalan Memadam Data Pengguna YouTube, Maps Dan Assistant


Selama ini data peribadi kita digunakan oleh “perkhidmatan percuma” untuk memudahkan iklan yang sesuai disarankan pada peranti. Pasca skandal Cambridge Analytica oleh Facebook, pengguna kini mula cakna tentang privasi dan bagaimana data peribadi yang dikongsi dengan syarikat teknologi digunakan. Google hari ini mengumumkan beberapa ciri baru bagi memudahkan kawalan privasi dan penyimpanan data pengguna YouTube, Maps dan Assistant.

Pada aplikasi YouTube fungsi memadam data peribadi secara automatik telah diperkenalkan. Pengguna boleh memilih untuk memadam secara manual, setiap 3 bulan atau setiap 18 bulan. Sokongan memadam boleh dilakukan terus dari dalam aplikasi dan bukannya dari laman web MyAccount seperti sebelum ini.

Seterusnya ialah Maps kini menyokong Incognito Mode. Pengguna bebas melakukan sebarang carian dari dalam aplikasi Maps tanpa ianya dijejak. Ini mungkin untuk mengelakkan saranan restoran yang diberikan untuk kegunaan peribadi dicemari carian yang dilakukan untuk tempat kerja misalnya,

Akhir sekali ialah Assistant kini menerima arahan suara untuk memadan audio yang pernah direkod. Ini boleh dilakukan dengan arahan “Hey Google, delete everything I said to you last week.”. Buat masa ini arahan memadam audio yang disimpan hanya boleh dilakukan sehingga seminggu. Jika lebih dari tempoh tersebut ia perlu dipadam secara manual menerusi laman MyAccount.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.