Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lazada Dan Citi Hadir Dengan Kad Kredit Dengan Fokus Untuk Penggunaan Edagang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lazada Dan Citi Hadir Dengan Kad Kredit Dengan Fokus Untuk Penggunaan Edagang


Pada hari ini, terdapat pelbagai penawaran kad kredit berbeza yang memfokuskan kelebihan dan ganjaran untuk sesuatu perkara. Terbaru, Lazada dan Citi turut melancarkan kad kredit tersendiri, dinamakan sebagai Kad Kredit Lazada Citi, dimana ia lebih memfokuskan kepada penggunaan edagang.

Kad kredit ini telah mula ditawarkan di Malaysia, dan akan diperluaskan ke negara-negara lain di rantau Asia Tenggara secara berperingkat.

Lazada Citi Kad Kredit

Menggunakannya, pengguna akan menerima lebih mata ganjaran untuk pembelian di Lazada, ataupun untuk tambah-nilai di Lazada Wallet. Kad kredit ini menjanjikan penawaran mata ganjaran sehingga 10x untuk tujuan berkenaan.

Disamping itu, pengguna juga turut boleh menerima penjimatan dengan pulangan wang tunai sehingga 20% untuk tambah-nilai Lazada Wallet, selain akan menerima mata ganjaran bonus sehingga 1000 mata untuk perbelanjaan melebihi RM1500 sebulan.

Untuk pendaftaran baru kad ini juga, pengguna akan menerima insentif berbentuk baucar RM500 Lazada. Bagi anda yang aktif menggunakan perkhidmatan Lazada, mungkin boleh menyemak penawaran kad kredit baru ini hari ini.

Layari : Kad Kredit Lazada Citi



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.