Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guru Sekolah Menengah Terlibat Lumba Haram Ditahan Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guru Sekolah Menengah Terlibat Lumba Haram Ditahan Polis


Gambar sekadar hiasan

GEORGETOWN - Seorang guru sebuah sekolah menengah ditahan kerana berlumba haram dengan seorang tukang masak di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Barat Daya, Superintenden AA Anbalagan, kedua-dua lelaki berusia 25 dan 31 tahun itu ditahan simpang Jalan Kampung Jawa ke Medan Selera Kampung Jawa di sini kira-kira jam 2 pagi.

Menurutnya,guru yang masih dalam tempoh percubaan itu mengajar di sebuah sekolah menengah di daerah Timur Laut menunggang motosikal jenis Yamaha YZF-R1 manakala seorang lagi menunggang motosikal berkuasa tinggi jenia Aprilia RSV4.


"Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan ketika sedang berlumba.

"Bagaimanapun mereka diberikan jaminan polis dan polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini.

Anbalagan berkata, kes berkenaan di siasat menurut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihaknya memandang serius kegiatan lumba haram yang sering diadakan terutamanya pada hujung minggu

Sumber: Sinar Harian


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.