Samsung Galaxy A91 Dijangka Hadir Dengan Sokongan Pengecasan Pantas 45W
Samsung sebelum ini telah pun memperkenalkan Galaxy A90 5G secara rasminya dengan spesifikasi tinggi. Selain model berkenaan, kini pengeluar dari Korea Selatan berkenaan turut dalam persiapan untuk memperkenalkan satu lagi peranti dibawah siri Galaxy A, iaitu Galaxy A91.
Samsung Galaxy A91 dijangka hadir dengan cip Snapdragon 855, selain turut dilengkapi dengan kamera belakang utama menggunakan sensor 48-megapixel.
Menariknya, berbeza dengan Galaxy A90 5G sebelum ini, model telefon baru ini juga turut dijangka hadir dengan bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pengecas berkenaan akan hadir terbina, atau ditawarkan secara berasingan.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan penawaran Galaxy A91 secara rasminya oleh Samsung.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment