Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isteri Tengah Solat Dengar Bunyi Kuat Dari Dapur, Rupanya Suami Maut Tertimbus Tanah Runtuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isteri Tengah Solat Dengar Bunyi Kuat Dari Dapur, Rupanya Suami Maut Tertimbus Tanah Runtuh



Semalam dilaporkan bahawa seorang lelaki warga emas telah dijumpai mati tertimbus selepas rumahnya di Kampung Teras, Ijok, dekat Baru Kurau dihempap tanah runtuh dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Selama, DSP Mohd Sabri Saad, mayat Hanudin Bahazim, 60, ditemui tertimbus di bahagian dapur oleh pasukan mencari dan menyelamat pukul 10.31 malam ini.

“Tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Sementara itu, isteri mangsa Milah Che Pi, 51, berkata semasa kejadian suaminya sedang tidur di bahagian dapur rumah mereka.

“Masa itu saya sedang sembahyang sebelum dengar bunyi kuat di bahagian dapur. Runtuhan itu berlaku dengan pantas,” katanya.


Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri, Abdul Yunus Jamahri memaklumkan, hujan lebat turut mengakibatkan sebahagian Jalan Rantau Panjang-Lata Tebing Tinggi runtuh.

Katanya jalan yang runtuh adalah sepanjang 200 meter dan kini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri mengambil maklum berhubung kejadian tanah runtuh yang telah menjejaskan tiga buah rumah di kampung berkenaan.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan anggota penyelamat serta jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang telah terlibat dalam misi mencari dan menyelamat selain membantu semua mangsa di lokasi,” katanya.

Difahamkan kira-kira 82 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi itu terdiri daripada bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

Sumber: BERNAMA via Siakapkeli.my


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.