Jam Tangan Pintar Moto360 WearOS Kini Kembali – Tetapi Bukan Dari Motorola
Moto360 adalah antara jam tangan pintar Android Wear yang popular pada suatu ketika dahulu. Ini kerana ia juga merupakan antara yang pertama menggunakan rekaan bulat, mirip jam tangan biasa dan juga premium. Namun, Motorola dilihat tidak ingin lagi melancarkan versi baharu dan kita hanya dapat lihat satu generasi sahaja.
Terkini, Moto360 dilihat telah muncul kembali. Ia menggunakan rekaan bulat sepenuhnya dan bukan lagi seakan tayar pancit. Paling pelik adalah, Moto360 baharu ini dihasilkan oleh eBuyNow yang dikatakan mempunyai lesen terhadap jenama Motorola. Skrin adalah 1.2″ AMOLED, resolusi 390×390, menyokong Always-On Display, dilindungi dengan Gorilla Glass 3 dan kerangka dibina dari SUS316 Stainless Steel. Lebih menarik, ia dijana dengan cip Snapdragon Wear 3100, menjalankan WearOS, memori 1GB RAM dengan storan dalaman 8GB, terdapat juga sokongan GPS, NFC dan perlindungan kalis air 3ATM.
Bateri adalah 355mAh, yang mana dikatakan bertahan satu hari penuh atau 3 hari dengan mod penjimatan bateri. Warna yang ditawarkan adalah Steel Grey, Rose Gold dan Phantom Black. Ia akan mula dijual pada Disember ini dengan harga $350, iaitu sekitar RM1465.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment