Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami Terkejut, Temui Isteri Masih Bertelekung Solat Mati Dipercayai Dibunuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami Terkejut, Temui Isteri Masih Bertelekung Solat Mati Dipercayai Dibunuh



Seorang lelaki terkejut apabila melihat isterinya tidak sedarkan diri selepas pulang dari mengambil anak di sekolah. Isterinya yang merupakan seorang guru ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya dekat Kampung Banggol, Jeneri, Sik, Kedah.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman menjelaskan bahawa mangsa Fauziah Yop (46 Tahun) yang masih memakai telekung dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas katil di dalam sebuah bilik.


Difahamkan bahawa pasangan suami isteri berkenaan sebenarnya sedang memasak sebelum si suami keluar sebentar untuk menjemput anak mereka pulang dari sekolah.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai insiden ini, Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob dan keluarga mangsa enggan memberi apa-apa maklumat lanjut berhubung kejadian.

Setakat ini, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk dibedah siasat.

Sumber: Sinar Harian via Siakapkeli.my


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.