Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Memperlihatkan Rekaan Konsep Peranti Skrin Boleh Lipat Terkini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Memperlihatkan Rekaan Konsep Peranti Skrin Boleh Lipat Terkini


Samsung Galaxy Fold mula dijual di Malaysia bulan ini dalam jumlah yang terhad. Dari pengalaman menggunakannya selama beberapa minggu kami kini percaya terdapat permintaan untuk telefon pintar yang boleh berubah menjadi sebuah tablet. Di acara Samsung Developer Conference yang sedang berlangsung, konsep peranti boleh lipat generasi kedua telah diperlihatkan.

Peranti ini melipat ke atas bagi mendedahkan skrin dalam yang lebih besar. Sekilas pandang ia menyerupai rekaan telefon mudah alih clamshell yang popular di awal dekad 2000an dahulu. Malahan rekaan ini pernah kami laporkan selepas ia dipatenkan oleh Samsung. Ia juga membolehkan peranti boleh lipat yang lebih kecil digunakan kerana Galaxy Fold pada hemat kami adalah terlalu besar untuk dimasukkan ke dalam kocek.

Samsung dijangka melancarkan Galaxy Fold generasi terkini pada awal 2020. Mereka percaya sebanyak 6 juta peranti skrin boleh lipat boleh dijual sepanjang 2020 kelak. Adakah anda ingin memiliki peranti skrin boleh lipat sekiranya ia ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.