Hi! Welcome Back and Stay Tune! OneUI 2.0 Berasaskan Android 10 Akan Diedarkan Kepada Siri Galaxy S10 Terlebih Dahulu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OneUI 2.0 Berasaskan Android 10 Akan Diedarkan Kepada Siri Galaxy S10 Terlebih Dahulu


OneUI adalah anataramuka baharu untuk peranti Samsung yang menggantikan Samsung Experience. Sistem operasinya adalah berasaskan Android dan OneUI bermula dengan sistem operasi Android Pie pada bulan November tahun lepas. Kini Android 10 sudah tiba dan stabil, bilakah peranti Samsung akan mula menerimanya? Versi Android 10 untuk peranti Samsung akan hadir dalam bentuk OneUI 2.0, yang mana turut akan hadir dengan beberapa fungsi utama Android 10 seperti kawalan gestur penuh.

Jika Samsung mengikut jadual mereka seperti tahun lepas, versi beta OneUI 2.0 yang berasaskan Android 10 mungkin akan diedarkan pada bulan yang sama. Terkini, forum komuniti Samsung di Korea telah mengumumkan secara rasmi mengenai OneUI 2.0 Android 10 ini. Tiada sebarang tarikh diberi, tetapi tiga peranti pertama Samsung Galaxy yang akan menerima kemaskini ini adalah Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan S10+. Manakala bagi S10 5G, pengumuman berasingan akan diberi tidak lama lagi.

Berdasarkan poster yang diterbit, Samsung Korea ingin mengedarkan versi beta yang lebih “stabil” agar pengguna tidak menghadapi sebarang masalah ketika menggunakannya. Disebabkan OneUI 2.0 ini bermula dengan ujian beta di Korea, versi stabil pasti akan mengambil lebih masa. Lebih-lebih lagi untuk pengguna di Malaysia.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.