Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peranti Dengan Skrin Panjang Ini Mungkin Essential Phone 2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peranti Dengan Skrin Panjang Ini Mungkin Essential Phone 2


Essential menjanjikan sebuah telefon pintar baharu bagi menggantikan Essential PH.1 yang dilancarkan dua tahun yang lalu. Walaupun jualan peranti sulung mereka dilaporkan gagal menemui sasaran dan beberapa aksesori yang diumumkan telah dibatalkan, Essential masih belum bersedia untuk mengibarkan bendera putih.


Pagi ini Rick Rubin yang merupakan pengasas Essential berkongsi beberapa foto dan video sebuah peranti baharu dengan rekaan skrin yang memanjang. Peranti bertubuh pipih ini mempunyai nisbah yang lebih panjang berbanding 21:9 yang digunakan pada Sony Xperia 1. Sekilas pandang ia mengingatkan kami kepada Galaxy Fold pada posisi tertutup tetapi dengan rekaan semua skrin.

Tubuh peranti juga mempunyai kemasan tubuh loga yang berkilat. Sebuah modul kamera berbentuk bulat dapat dilihat dan juga sebuah pengimbas cap jari fizikal. Rick Rubin tidak berkongsi maklumat lain mengenai peranti ini tetapi ia besar kemungkinan Essential Phone 2. Adakah rekaan tubuh memanjang ini akan bakal menjadi ikutan pengeluar lain?

 



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.