"Terkulai Sebelah Plug.." - Pemuda Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Cas Telefon Masa Tidur
Betul lah ajal dan maut itu di tangan tuhan, seperti kisah yang berlaku ke atas seorang pemuda ni.
Dalam kejadian yang berlaku di Chonburi, Thailand, seorang pemuda dilaporkan maut selepas terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang ketika itu sedang dicas.
Malah lebih menyedihkan, pemuda itu tertidur ketika bermain permainan online dan dalam keadaan telefon bimbitnya sedang dicas.
“Nampak kebiru-biruan dan tangan terkulai layu di tepi plug…”
Menurut Daily Mail, Sastra Mo-in, 25 tahun sebelum kejadian sedang bermain game online menggunakan pelbagai peranti elektronik atas katilnya, dan ketika itu salah satu telefon bimbitnya sedang di cas.
Menurut ibu saudaranya, Watchareeporn Mo-in, 57 tahun, dia perasan mangsa tidak sedarkan diri dan nampak kebiru-biruan ketika dia masuk untuk kemas rumah.
Waktu tu dia nampak tangan kiri anak saudaranya turut melecur dengan teruk dan terkulai betul-betul di sebelah plug.
So disebabkan itu dia terus bertindak matikan elektrik utama dari kotak fius sebelum bertindak menelefon polis.
“Anak saudara saya selalu menghabiskan banyak masa bermain telefon bimbit dan permainan elektronik di atas katilnya dengan plug terletak berdekatan dengannya.
“Sudah beberapa hari saya melihatnya tertidur ketika telefon bimbit sedang dicas,”
Polis yang tiba di tempat kejadian itu kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan kes itu ditutup memandangkan kematiannya tidak mempunyai unsur mencurigakan.
Sumber: Lobakmerah.com
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment