Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oppo Mempatenkan Peranti Dengan Skrin Melengkung Pada Keempat-Empat Sisi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oppo Mempatenkan Peranti Dengan Skrin Melengkung Pada Keempat-Empat Sisi


Trend terkini rekaan peranti ialah penggunaan skrin melengkung sepenuhnya pada bahagian sisi. Vivo memanggilnya Waterfall Display manakala Huawei memanggilnya Horizon Display. Evolusi seterusnya rekaan ini ialah skrin melengkung pada keempat-empat sisi peranti. Oppo telahpun mempatenkan rekaan peranti seperti ini pada November tahun lalu tetapi ia baru sahaja diterbitkan bulan ini.

Seperti yang dapat anda lihat di atas, skrin kini turut melengkung pada bahagian dahi dan dagu sepenuhnya. Dengan rekaan ini, kamera swafoto diletakkan bawah skrin seperti peranti yang mereka perlihatkan Jun yang lalu. Pada waktu yang sama sensor cahaya dan infra merah telah dipindahkan ke skrin sisi.

Selain Oppo, Xiaomi juga telah mempatenkan rekaan yang serupa sebelum ini tetapi sehingga kini belum dilancarkan. Sebaliknya peranti dengan skrin melengkung 180 darjah Mi MIX Alpha pula telah mereka perlihatkan.

Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna peranti akan dilancarkan. Persoalan biasa ialah wujud atau tidak pasaran untuk peranti dengan rekaan skrin melengkung pada keempat-empat sisi?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.