Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penjual Tempatan Memperlihatkan Vivo NEX 3 Dengan Sokongan 5G Berharga RM3899 Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penjual Tempatan Memperlihatkan Vivo NEX 3 Dengan Sokongan 5G Berharga RM3899 Di Malaysia


Vivo Malaysia bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Vivo Nex 3 secara rasminya di Malaysia pada 17 Oktober ini. Ia dijangka menjadi antara peranti terawal di Malaysia yang menawarkan sokongan 5G terbina padanya – walaupun penawaran rangkaian 5G di Malaysia masih belum tersedia.

Vivo Nex 3

Walaupun harga jualan rasminya masih belum diumumkan, kini penjual tempatan telah mula mengambil pra-tempahan untuknya – sekaligus memperlihatkan ia bakal dijual pada harga RM3899.

Vivo Nex 3 hadir dengan rekaan skrin menyeluruh, menggunakan skrin 6.89-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 855+, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Ia menggunakan tri-kamera belakang gabungan 64mP + 13MP + 13MP, selain kamera pop-naik dihadapan dengan sensor 16-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4500mAh.

Pihak Vivo dijangka mengumumkan penawaran peranti ini secara rasminya pada minggu ini, dimana kita akan dapat mengetahui apakah ganjaran tambahan yang disediakan Vivo bersama-sama pembelian Vivo Nex 3 ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.