Digital Wellbeing Akan Memperkenalkan Fungsi “Minimal Phone” – Aplikasi Terpilih Sahaja Boleh Digunakan
Digital Wellbeing adalah aplikasi yang Google perkenalkan semasa Android Pie. Ia adalah aplikasi untuk mengawal pengguna terhadap obsesi akan peranti. Sejak kebelakangan ini, Digital Wellbeing menjadi semakin hebat dan semakin berguna untuk pengguna seperti memperkenalkan fungsi “Focus” dan banyak lagi.
Terkini, pihak XDA telah menemui fungsi “Minimal Phone” yang mungkin akan diperkenalkan dalam Digital Wellebing di masa akan datang. Funsgi ini telah ditemui melalui kod yang berada dalam APK terkini Digital Wellbeing. “Minimal Phone” akan mengehadkan peranti pengguna kepada beberapa aplikasi sahaja yang boleh digunakan. Ia berada dalam mod Wind Down, yang mana berada dalam kategori persediaan untuk tidur. Jadi, apabila tiba waktu tidur yang pengguna tetapkan – mod ini akan diaktifkan secara automatik jika pengguna membenarkannya.
Jadi, jika anda adalah salah seorang pengguna yang sukar untuk tidur dan kerap menatal dalam Twitter, Instagram atau lain-lain aplikasi semasa hendak tidur – gunakanlah mod ini agar anda mudah untuk tidur.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment