Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelindung Telinga Untuk Anjing Perang Dibangunkan Bagi Mengurangkan Risiko Pekak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelindung Telinga Untuk Anjing Perang Dibangunkan Bagi Mengurangkan Risiko Pekak


Anjing telah digunakan di medan perang seawal 525 sebelum Masehi di dalam Pertempuran Pelusium. Tentera Parsi membawa anjing ke medan perang menentang tentera Mesir yang menanggap haiwan ini adalah suci seperti Dewa Anubis. Baru-baru ini anjing perang digunakan anggota pasukan khas Amerika Syarikat dalam operasi membunuh ketua ISIS Abu Bakr Al Baghdadi. Menjadi kebiasaan anjing perang di bawa masuk ke dalam kapal terbang, bot, helikopter, dan kereta perisai yang berbunyi bising. Bagi memastikan askar berkaki empat ini tidak menghadapi risiko pekak. CAPS telah dibangunkan.

Canine Auditory Protection System (CAPS) ialah pelindung telinga yang dibangunkan oleh Tentera Amerika Syarikat dan Zeteo Tech. Ia terdiri daripada bahan meredam akustik yang mudah disarungkan pada kepada anjing perang. Sebelum ini terdapat beberapa peralatan lain digunakan tetapi ia tidak selesa digunakan oleh anjing dalam operasi yang lama.

Dengan CAPS masalah pekak sementara kerana mendengar deruman enjin jet dapat diselesaikan. Pekak sementara ini menghalang anjing dari mendengar arah setibanya di lokasi operasi. Selepas ini pihak tentera berharap anjing perang dapat bertugas lebih lama tanpa risiko mengalami kerosakan pendengaran kekal kerana telinga mereka lebih sensitif berbanding manusia.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.