Oppo Dilaporkan Sedang Membangunkan Cip M1 Yang Direka Sendiri
Samsung, Apple dan Huawei adalah tiga syarikat yang membangunkan sendiri cip untuk peranti mereka sendiri. Dengan ini kos peranti dapat dikurangkan kerana tiada keperluan membeli komponen dari pihak ketiga. Selepas tiga gergasi besar dunia peranti ini, Oppo juga tidak mahu ketinggalan dan dilaporkan sedang membangunkan cip sendiri yang diberi nama M1.
Tanda dagang untuk cip M1 telahpun difailkan ke EUIPO. Oppo dipercayai menggunakan kepakaran bekas kakitangan MediaTek dan Speadtrum. Tiada maklumat mengenai spesifikasi M1 pada waktu ini. Dua tahun yang lalu Xiaomi juga berjinak-jinak dengan penghasilan cip sendiri Surge S1. Tetapi ia hanya digunakan sekali pada Xiaomi Mi 5c dan kemudian tiada lagi cip baharu digunakan oleh mereka.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment