Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 60% mangsa Macau scam wanita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 60% mangsa Macau scam wanita


Bagi tempoh Jan hingga Okt tahun ini, sebanyak 1,911 kes Macau scam telah direkodkan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Sebahagian besar mangsa kes penipuan Macau scam dan African scam yang berlaku di negara ini adalah golongan wanita, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.
Menurut Hannah, bagi tempoh Jan hingga Okt tahun ini sahaja, sebanyak 1,911 kes Macau scam telah direkodkan dan daripada jumlah itu sebanyak 1,109 kes melibatkan mangsa wanita.
Sementara untuk kes Afrika scam pula, daripada 1,303 kes yang dicatatkan pada tempoh yang sama, sebanyak 1,070 kes turut melibatkan golongan itu.
“Sindiket ini biasanya akan menghubungi mangsa dan memaklumkan perkara yang boleh menyebabkan ketakutan pada kaum hawa seperti mendakwa mereka terlibat dalam jenayah, ada tunggakan hutang atau saman tertunggak dan sebagainya.
“Sekiranya menerima panggilan seperti itu, dinasihatkan untuk membuat semakan dengan agensi yang berkaitan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan yang dibuat.
“Jangan mudah percaya dan jangan terus mengikut arahan seperti memberikan nombor kad pengenalan atau butiran akaun bank,” kata beliau.
Pada masa yang sama, Hannah turut mengingatkan orang ramai agar tidak sesekali menghantar atau memasukkan wang ke dalam akaun orang yang hanya dikenali secara dalam talian untuk mengelak menjadi mangsa Afrika scam.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman berkata PDRM telah membangunkan satu portal iaitu http://ccid.rmp.gov.my/semakmule bagi memudahkan orang ramai membuat semakan keldai akaun.
Sekiranya sesuatu akaun bank ada disiasat pihak polis, ia akan dipaparkan di portal itu dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang urusan pembayaran ke akaun itu.
Pada masa yang sama, Azis berkata KDN juga akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam menangani isu itu memandangkan pihaknya menyedari wanita adalah sasaran mudah bagi sindiket itu. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.