Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menyusahkan, kata Tok Mat gesa SPR kaji balik syarat permit kempen rumah ke rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menyusahkan, kata Tok Mat gesa SPR kaji balik syarat permit kempen rumah ke rumah


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Mohamad Hasan.
PONTIAN: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan meminta pihak berkuasa mempertimbangkan semula keperluan permit polis untuk kempen rumah ke rumah semasa pilihan raya, yang dimaklumkan ketika tinggal beberapa hari sahaja lagi menuju hari pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai.
“Kalau nak jalan, rumah ke rumah, nak permit, dari masa dan mana lokasi, itu sudah menyusahkan,” katanya ketika ditemui di satu ceramah Barisan Nasional di Kampung Parit Rambai malam tadi.
Beliau yang juga timbalan presiden Umno memberitahu keperluan permit itu bukan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi daripada polis, dan meminta polis daerah atau Bukit Aman mempertimbangkan semula arahan itu.
“Kita hormati kebebasan. Kalau buat ini pada ceramah, saya faham dan tidak merungut. Kalau berjalan rumah ke rumah perlukan permit, saya mohon pertimbangkan,” tambah beliau.
SPR semalam memaklumkan polis meminta semua parti dan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai supaya mendapatkan permit bagi kempen rumah ke rumah kerana ia juga suatu bentuk berkempen. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.