Hi! Welcome Back and Stay Tune! Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat dilancar ganti MKPN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat dilancar ganti MKPN


PUTRAJAYA: Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR) dilancarkan hari ini bagi menggantikan fungsi dan tanggungjawab Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berkata MPKR akan menjadi mekanisme penasihat yang berwibawa kepada kerajaan dalam hal ehwal perpaduan dan kesejahteraan sosial bagi meneruskan usaha-usaha penyatuan nasional demi menjulang agenda perpaduan negara.
“Badan ini akan berfungsi sebagai sebuah entiti berkecuali sepenuhnya tanpa rasa takut dan terbatas, demi memastikan wujudnya sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu,” katanya pada majlis pelancaran dan penyampaian watikah pelantikan ahli MPKR 2019-2022 hari ini.
Beliau berkata 14 ahli MPKR yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya ahli politik, para akademik, penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil media, wakil masyarakat minoriti dan wakil belia.
“Selain menasihati menteri, mereka juga perlu memikirkan kaedah terbaik untuk memerangi cabaran yang kita hadapi, mengurangkan ketegangan kaum dengan matlamat menyeluruh untuk memperkukuhkan perpaduan negara,” katanya. Teks ucapannya dibacakan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Baharin Idris.
Waytha berkata usaha meningkatkan dan memperkukuhkan perpaduan nasional akan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan kerana masalah polarisasi kaum dan kecenderungan untuk melihat isu-isu dari segi perkauman mencapai tahap yang membimbangkan.
Beliau berkata Malaysia kini berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mempertingkatkan perpaduan negara.
“Mesej-mesej kebencian kaum dan agama sering dilaungkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan disebarkan melalui media sosial setiap masa,” katanya, sambil menambah situasi berkenaan bakal menjadi cabaran terbesar untuk digalas ahli-ahli MPKR baharu itu.
Ahli-ahli MPKR yang dilantik itu perlu lebih proaktif serta berhemah dalam mendepani isu-isu yang mencabar demi memastikan keutuhan perpaduan negara terpelihara setiap masa, katanya. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.