Shopback Kini Menyokong Dompet Digital Touch ‘n Go – Menawarkan Pulangan Tunai Untuk Tambah-Nilai
Jika anda sukakan pulangan wang tunai (cashback) untuk setiap perbelanjaan anda, berita ini pasti menggembirakan anda. Shopback pada hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan Touch ‘n Go untuk penggunaan dompet nirtunai mereka.
Bermula hari ini, untuk setiap tambah nilai yang dilakukan pada dompet nirtunai Touch n Go, pengguna yang baru mendaftar dan menggunakannya akan menerima pulangan tunai RM10 untuk kali pertama, manakala pengguna dompet nirtunai yang sedia menggunakannya akan menerima pulangan tunai sehingga RM3 untuk setiap bulan, selagi mana pengguna tersebut melakukan tambah nilai untuk dompet nirtunai tersebut.
Bagi memastikan anda menerima pulangan tunai Shopback, anda perlu melancarkan aplikasi Shopback seperti biasa, kemudian memilih Touch n Go eWallet, dan melancarkan aplikasi tersebut dari Shopback. Jumlah tambah nilai akan direkodkan Shopback dalam masa 4 hari, dan nilai tersebut boleh ditunaikan dalam masa 60 hari.
Shopback turut mengumumkan aktiviti mereka menjelang 11.11 antaranya Lazada sehingga 20%, Booking.com 9%, Nike 15% dan pelbagai lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment