Walaupun Fizikal Kurang Sempurna, Pemuda OKU Tetap Solat Demi Redha Allah
Solat merupakan ibadah yang penting dan wajib dilakukan di samping membentuk peribadi manusia kerana ianya mampu menghalang seorang Muslim daripada melakukan perkara mungkar, iaitu perkara salah dan terlarang
Bukan itu sahaja, solat juga dapat memberi ketenangan jiwa, tidak kira sama ada ketika seseorang itu dalam kesusahan atau dalam kegembiraan.
Tak sempurna bukan alasan tak solat
Tular di media sosial, video yang memaparkan seorang lelaki kurang upaya sedang mengerjakan solat di dalam sebuah masjid telah menyentuh hati netizen.
Menerusi video tersebut dapat dilihat lelaki itu solat dalam kepayahan namun tetap berusaha untuk menunaikan rukun Islam kedua itu dengan sebaik mungkin.
SubhanAllah😢 May Allah give him Good health. Ameen! pic.twitter.com/5ObqPVfXbG— Ibrahim Yusuf (@ibrayus) October 24, 2019
Dapat ribuan perkongsian
Sejak dimuat naik di Twitter beberapa hari yang lalu, video berdurasi 24 saat itu kini telah menerima retweet sebanyak 54 ribu kali dan selain mendapat lebih 540,000 tontonan.
Video tersebut sememangnya memberikan seribu satu ikhtibar kerana umat Islam terutama mereka yang sihat tubuh badan untuk mengerjakan solat.
Tiada alasan untuk meninggalkan solat sedangkan orang yang ada kekurangan dari segi fizikal pun sanggup berdiri dengan sempurna unutk mendirikan ibadah tersebut.
Sumber: https://ift.tt/2TP95R3
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment