YouTube Menguji Antaramuka Baharu – Ruangan Komen Kini Di Bawah Butiran Video
Google seringkali membuat ujian A/B yang mana ada segelintir pengguna akan menerima fungsi/ciri baru yang lebih awal berbanding pengguna lain. Terkini dari Google adalah antaramuka baharu untuk aplikasi YouTube pada Android.
Antaramuka baharu ini membawakan ruangan komen ke bahagian atas dan pengguna tidak lagi perlu skrol sehingga ke bawah. Ruangan komen ini kini berada di bawah butiran video dan lebih mudah untuk diakses. Buat masa ini tidak pasti lagi bila ia akan dilancarkan kepada semua pengguna, kerana ini adalah fungsi yang baik dan menarik. Tidak lupa juga adalah lebih memudahkan berbanding dengan lokasi ruangan komen sebelum ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment