Hi! Welcome Back and Stay Tune! Elok Makan Nenas Setiap Hari Sebagai ‘Superfood’ Untuk Kurus Dan Kulit Lebih Sihat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Elok Makan Nenas Setiap Hari Sebagai ‘Superfood’ Untuk Kurus Dan Kulit Lebih Sihat



Ramai yang suka makan buah nenas. Sebagai makanan superfood, buah nenas memang banyak manfaat yang ramai tak sedar.

Selain dijadikan minuman jus yang menyegarkan, makan nenas juga boleh merawat pelbagai penyakit kerana kandungan kalorinya yang rendah.

DrRizal Abu Bakar berkongsi di laman Facebooknya khasiat buah nenas sebagai superfood untuk keperluan hampir keseluruhan tubuh badan. Jom sama-sama kita manfaatkan perkongsiannya.

Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok Cik Puan isteri sudah beli nanas. Macam tahu tahu sahaja.

Nanas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.


1. Nenas sarat dengan vitamin C

Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.

Vitamin yang cantikkan kulit.

2. Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain

Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.

Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.

3. Antara nutrisi lain ialah manganese.

Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

4. Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya.

Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.

Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.

Apa kata cuba hari ini? Boleh boleh?

Sumber: https://ift.tt/2Pfxk6S


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.