Spesifikasi Samsung Galaxy S10 Lite Pula Tertiris – Sekadar Note 9 Yang Dipakejkan Semula
Hujung minggu lalu spesifikasi Samsung Galaxy S10 Lite tertiris dan sekiranya benar menunjukkan ia lebih berkuasa berbanding Galaxy S10. Hari ini spesifikasi Samsung Galaxy Note 10 Lite pula tertiris dan sebaliknya pula berlaku.
Peranti ini dilengkapi skrin sebesar 6.7″ SAMOLED FHD+, dijana cip Exynos 9810, memori sebesar 6GB dan storan sebesar 128GB dengan sokongan kad mikro SD sehingga 512GB. Kamera utama mengekalkan tri-sensor sebesar 12-Megapixel manakala kamera swafoto pula meningkat ke 32-Megapixel. Kombinasi lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan telefoto sehingga 2X dikekalkan pada kamera-kamera utama.
Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 4500 mAh dengan pengecasan pantas sehingga 25W. S-Pen yang disertakan dikhabarkan kini boleh dijejak lokasinya apabila dikeluarkan dari tempat simpanan. Kesemua fungsi gesture baharu yang disertakan pada Note 10 akan kembali di Note 10 Lite.
Penggunaan pemproses Exynos 9810 sekiranya benar adalah sedikit mengejutkan kerana ia adalah pemproses yang dikitar semula dari Note 9. Satu kelebihan Note 10 Lite berbanding Note 9 ialah ia akan menggunakan Android 10 dengan pelancar terkini One UI 2.0. Samsung Galaxy Note 10 Lite diramalkan akan dilancarkan pada awal Januari sebelum Galaxy S11 dilancarkan pula pada akhir Februari.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment