Hi! Welcome Back and Stay Tune! IBM Berjaya Membangunkan Bateri Mesra Alam Yang Dihasilkan Daripada Air Laut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

IBM Berjaya Membangunkan Bateri Mesra Alam Yang Dihasilkan Daripada Air Laut


Dalam kegilaan dua membangunkan kenderaan elektrik atas dasar mengurangkan pencemaran, ramai mungkin tidak menyedari bateri yang digunakan menghasilkan pencemaran yang teruk kerana logam litium dan kobalt yang perlu dilombong. Penyelidik dari IBM minggu lalu telah mengumumkan mereka berjaya menghasilkan bateri yang lebih lestari kerana tidak memerlukan logam yang tidak perlu dilombong.

Sebaliknya kesemua bahan mentah untuk menghasilkan bateri baharu ini boleh dihasilkan dari air laut yang sumbernya lebih mudah kerana tidak memerlukan lombong. Bahagian katod bateri tidak memerlukan logam kobalt dan nikel. Elektrolit yang digunakan pula didapati lebih sukar terbakar berbanding elektrolit bateri Li-ion sedia ada.

Tambah menakjubkan bateri boleh dicas ke tahap 80% dalam masa lima minit dan mempunyai tahap kecekapan tenaga 90%. Kepadatan tenaga 800 Wh/L juga menjadikannya lebih tinggi berbanding bateri Li-ion (~670 Wh/L). Bateri teknologi baharu ini bukan sahaja menyelesaikan masalah pencemaran bahan mentah tetapi boleh merealisasikan impian bateri yang lebih murah dan berkuasa untuk kenderaan elektrik masa hadapan.

Untuk mengkomersialkan bateri air laut ini, IBM telah bekerjasama dengan Mercedes-Benz Research and Development North America, Central Glass dan Sidus.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.