Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hutang Kerajaan Lama Terlalu Banyak, Tiada Lagi Wang Percuma Untuk Rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hutang Kerajaan Lama Terlalu Banyak, Tiada Lagi Wang Percuma Untuk Rakyat



Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dapat memberikan wang percuma kepada rakyat kerana perlu menampung jumlah hutang yang terlalu banyak.

"Hutang yang ditinggalkan kerajaan lama terlalu banyak dan kita perlu berusaha untuk membayarnya," katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Jabatan, Jawatankuasa PH, Ketua Cawangan dan juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Adya Hotel Langkawi, hari ini.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata demikian selepas meluangkan masa mendengar luahan hati Pengerusi MPKK Daerah Langkawi yang memerlukan bantuan dan juga dana bagi menjalankan beberapa perkara.


Dalam masa sama, perdana menteri itu juga tidak menolak wang percuma diberikan kerajaan terdahulu kepada rakyat merupakan satu bentuk rasuah selain menggalakkan rakyat kurang berusaha bagi meningkatkan pendapatan.

Katanya, status wang diberikan juga diragui kerana mendakwa wang tersebut 'dicuri' daripada hasil tertentu.

"Wang yang diterima digunakan untuk melakukan umrah dan haji, saya pun tidak pasti apa hukumnya," katanya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan baharu ketika ini akan melaksanakan pentadbiran lebih cekap dengan mengikut sistem termasuk saluran dan perundangan sedia ada.

"Pada PRU14 rakyat telah menunjukkan protes mereka dengan menukar kerajaan kerana tidak bersetuju dengan cara pemerintahan kerajaan lama.

"Oleh itu, sebagai kerajaan baharu, kita akan mentadbir negara ini dengan penuh adil dan mengikut saluran undang-undang yang betul," katanya.

Sumber: Sinar Harian


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.