Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imej Pengolokan Google Pixel 4a Tertiris Dengan Lubang Kamera Pada Skrin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imej Pengolokan Google Pixel 4a Tertiris Dengan Lubang Kamera Pada Skrin


Google Pixel 4 dan 4 XL kami kategorikan sebagai antara peranti mengecewakan tahun 2019. Tetapi pada waktu yang sama tahun ini Pixel 3a adalah antara peranti kelas pertengahan yang mendapat sambutan tertinggi terutamanya di Amerika Syarikat. Bagi peminat Pixel, rekaan Pixel 4a akhirnya tertiris ke arena web menerusi laman 9Mobiles.

Imej dihasilkan dengan kerjasama OnLeaks menerusi maklumat yang diterima. Dari segi rekaan Pixel 4a akan menjadi peranti pertama Google yang menggunakan lubang skrin untuk kamera swafoto. Masih terdapat bezel yang nipis pada bahagian dagu. Turut kelihatan ialah bonjol kamera berbentuk empat segi tetapi hanya dilengkapi satu kamera.

Pengimbas cap jari juga diletakkan pada panel belakang. Ini petunjuk terawal sistem imbasan wajah menggunakan sensor Soli mungkin tidak akan disertakan pada Pixel 4a, Sebuah bicu audio 3.5mm juga boleh dilihat pada bahagian atas peranti.

Tahun ini Pixel 3a dan 3a XL dilancarkan ketika acara Google I/O maka bolehlah diramalkan Pixel 4a akan turut dilancarkan pada bulan Mei 2020,



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.