Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kit Siang melatah, NGO mahasiswa nafi buat kenyataan menghasut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kit Siang melatah, NGO mahasiswa nafi buat kenyataan menghasut


Presiden Gamis Saifullah Baiduri dilaporkan menyifatkan Dong Zong sebagai ‘pertubuhan yang menjadi nanah kepada perpaduan rakyat serta membawa doktrin anti-nasional dalam kalangan masyarakat Cina’. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Sebuah NGO mahasiswa menafikan dakwaan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang bahawa ia mengeluarkan kenyataan berunsur menghasut selepas tidak bersetuju dengan bantahan kumpulan pendidikan Cina Dong Zong dalam isu tulisan Jawi.
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Saifullah Baiduri berkata, Lim telah salah faham dan melatah dengan kenyataannya sebelum ini.
“Kami (Gamis) tidak berhasrat mengadakan apa-apa provokasi dan sebagainya. Mereka salah faham.
“Bagi kami, Kit Siang tu melatahlah,” katanya kepada FMT.
Pada 25 Dis, Lim meminta polis mengambil tindakan terhadap Saifullah yang mendakwa rusuhan kaum pada 1969 mungkin berulang jika kerajaan tidak mengharamkan kumpulan pendidikan Cina Dong Zong.
Saifullah dipetik sebagai menggesa pihak berkuasa supaya mengharamkan Dong Zong kerana ia adalah “pertubuhan yang menjadi nanah kepada perpaduan rakyat serta membawa doktrin anti-nasional dalam kalangan masyarakat Cina”.
“Selagi pertubuhan ini masih bertapak, pihak berkuasa seakan-akan merestui sejarah hitam 13 Mei 1969 berulang kembali,” katanya dalam kenyataan dimuat naik ke Facebooknya.
Dong Zong adalah antara kumpulan pendidikan Cina yang membantah langkah kerajaan memperkenalkan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Berhubung kenyataan berkenaan rusuhan kaum Mei 1969 mungkin berulang jika kerajaan tidak mengharamkan kumpulan pendidikan Cina Dong Zong, Saifullah berkata, pembaca boleh faham sendiri kandungan kenyataan tersebut.
“Mereka (Dong Zong) sendiri yang mencabar jati diri orang Melayu yang berada di Malaysia terlebih dahulu.
“Pendirian kami, seperti mana Dong Zong cabar isu Jawi, Gamis tidak akan teragak-agak untuk beri tentangan hebat,” katanya.
Saifullah berkata, setakat ini beliau belum dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya itu.
“Alhamdulilah ok jer setakat ini,” katanya. - FMT


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.