Realme Memfailkan Tanda Dagang Sistem Pengecasan Pantas SuperDART
Realme ialah subjenama kepada Oppo dah telah beroperasi sejak dua tahun yang lalu. Walaupun baru bertapak, mereka adalah antara jenama yang menunjukkan jualan tertinggi kerana penawaran harga yang menarik terutamanya di pasaran India. Oleh itu mereka menggunakan pelancar ColorOS serta sistem pengecasan pantas SuperVOOC pada waktu ini.Tetapi umum diketahui Realme ingin menjadi jenamanya yang tersendiri dalam masa terdekat bebas dari payung Oppo. Terkini mereka telah memfailkan tanda dagang SuperDART untuk sistem pengecasan pantas mereka. Tiada maklumat mengenai spesifikasi SupeDART pada waktu ini tetapi besar kemungkinan mempunyai kemampuan yang sama seperti SuperVOOC.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment