Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus Dijangka Hadir Kembali Dengan Peranti Mampu-Milik Melalui OnePlus 8 Lite - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus Dijangka Hadir Kembali Dengan Peranti Mampu-Milik Melalui OnePlus 8 Lite


OnePlus sebelum ini pernah menawarkan sebuah variasi peranti pada harga sedikit rendah, iaitu OnePlus X. Namun, selepas pengenalan versi pertamanya, OnePlus tidak lagi menawarkan peranti dibawah keluarga berkenaan dan hanya sekadar memfokuskan peranti mercu sahaja.

Namun, kini dengan penawaran variasi “Pro”, pihak OnePlus sekali lagi dilihat akan mengembalikan penawaran pada harga sedikit rendah melalui variasi peranti “Lite”.

OnePlus 8 Lite

Lanjutan ketirisan gambar OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro sebelum ini, terbaru gambar pengolokkan peranti OnePlus 8 Lite turut hadir ke arena web.

Buat masa ini, spesifikasi penuh mengenainya masih tidak diketahui lagi. Namun, ia dilihat akan hadir dengan dwi-kamera belakang, dan berkemungkinan menggunakan variasi cip pemprosesan sedikit rendah berbanding peranti utama mereka.

Sekiranya OnePlus 8 Lite turut hadir dengan sokongan perisian yang baik, tidak mustahil kita melihat ia menjadi antara pilihan peranti utama pengguna seluruh dunia kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi peranti berkenaan pada tahun hadapan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.