8 nelayan hilang di Sabah
LAHAD DATU: Lapan nelayan dipercayai hilang di perairan Tambisan, Tungku dekat sini, semalam.
Menurut sumber, sebuah bot nelayan yang berdaftar di Sandakan ditemui tanpa anak kapal di perairan Tangusu Bay pada 12.40 tengah hari Jumaat.
Difahamkan lokasi kapal itu ditemui berhampiran lokasi kejadian culik sebelum ini.
Sementara itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Hazani Ghazali ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu dan siasatan sedang dijalankan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment