Samsung Malaysia Menawarkan TV 4K 50-inci Untuk Pembeli Terawal Siri Galaxy S20
Tidak kurang dari sebulan pengumuman rasmi peranti mercu terkini dari Samsung iaitu siri Galaxy S20 di persada antarabangsa, ia baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada 28 Februari dan bakal memasuki pasaran tempatan seawal 6 Mac.
Ketiga-tiga pilihan Samsung Galaxy S20 iaitu Galaxy S20, Galaxy S20+ dan juga Galaxy S20 Ultra tersedia untuk pasaran tempatan dan Galaxy S20 dijual pada harga RM 3,599, Galaxy S20+ dijual pada harga RM 3,999 manakala Galaxy S20 Ultra dijual pada harga RM 4,999.
Sekiranya anda berminat unuk mencuba peranti tersebut dengan lebih dekat, Samsung akan mengadakan jerayawara di 5 lokasi terpilih, iaitu di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur, Queensbay Mall Pulau Pinang, Mid Valley Southkey Johor Bahru, East Coast Mall Kuantan, dan juga IMAGO Shopping Mall Kota Kinabalu.
Anda juga boleh membeli peranti ini dan Samsung turut menawarkan aksesori ekslusif pada acara jerayawara ini dimana setiap pembelian akan membawa pulang Pengecas Nirwayar bersama-sama kad MikroSD 128GB yang bernilai RM 378.
Malah jika anda menjadi pembeli terawal, anda juga berpeluang untuk memilih sama ada ganjaran TV pintar 4K 50-inci yang bernilai RM 2,599 atau mendapatkan rebat RM 400 dengan melakukan tukar-beli dengan kamera lama, dan kedua-dua ganjaran ini tertakluk sementara stok masih ada.
Datang: Lokasi Jerayawara Samsung 6-8 Mac
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment