Hi! Welcome Back and Stay Tune! YDP Agong Berkenan Lantik Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri Ke-8 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

YDP Agong Berkenan Lantik Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri Ke-8



Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pada hemat Seri Paduka Baginda, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

”Istana Negara hari ini telah menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.


”Proses ini adalah lanjutan daripada titah Yang di-Pertuan Agong di mana ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas diminta untuk mengemukakan pencalonan nama-nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

”Selepas mendapat representasi daripada semua, pada hemat Seri Paduka Baginda, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ialah Tan Sri Mahiaddin (Muhyiddin) Md Yassin.”

”Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) (a) dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Baginda turut bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat dan semua yang terlibat.

Muhyiddin Yassin akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada jam 10.30 pagi esok.


Sumber: Bernama via Siakapkeli


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.