Hi! Welcome Back and Stay Tune! Singapura sahkan dua lagi kes positif Covid-19 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Singapura sahkan dua lagi kes positif Covid-19


SINGAPURA, 29 FEB: Singapura melaporkan dua lagi kes baharu jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah kes positif di republik itu kepada 98 orang.

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa dua kes terbaru itu melibatkan Penduduk Tetap Singapura yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China, Daegu dan Cheongdo di Korea Selatan.

MOH memaklumkan dua kes itu dikaitkan dengan kluster baharu di Wizlearn Technologies Pte Ltd yang terletak di 10, Science Park Road, menjadikan keseluruhan empat kes di kluster itu.

Setakat ini, 23 kes positif dikaitkan dengan kluster Grace Assembly of God; sembilan kluster kedai ubat Yong Thai Hang; lapan kes positif dikaitkan dengan kluster The Life Church and Missions Singapore; lima dengan tapak pembinaan Seletar dan tiga dengan mesyuarat perniagaan swasta yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt Singapura.

MOH memaklumkan tiga kes jangkitan telah dibenarkan keluar dari hospital, menjadikan keseluruhan 69 orang.

Salah seorang daripada mereka adalah seorang wanita rakyat Malaysia berusia 35 tahun yang juga pemegang Pas Pekerja dan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China. Keputusan ujian mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 pada 17 Februari.

Seorang lagi, lelaki warganegara Bangladesh berumur 37 tahun yang dikaitkan dengan tapak pembinaan Seletar turut dilaporkan pulih.

Daripada 29 kes yang disahkan dan masih berada di hospital, kementerian itu menyatakan kebanyakan mereka stabil atau semakin pulih manakala tujuh pesakit dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

Sehingga tengah hari semalam, MOH telah mengenalxpasti 2,940 kontak rapat yang telah dikuarantin dan daripada jumlah ini, 191 sedang dikuarantin manakala 2,749 telah menyempurnakan tempoh kuarantin mereka.

– BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Oh! Semput

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.