Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beberapa Album Filem Animasi Studio Ghibli Kini Boleh Distrim Menerusi Spotify Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beberapa Album Filem Animasi Studio Ghibli Kini Boleh Distrim Menerusi Spotify Malaysia


Filem animasi Studio Ghibli ialah antara studio yang paling disegani di dunia kerana menghasilkan banyak filem yang mencapai tahap klasik. Kebanyakan filem klasik ini diarahkan oleh Hayao Miyazaki yang menerima jolokan Walt Disney Asia. Bagi peminat Studio Ghibli di Malaysia, anda akhirnya boleh menstrim pelbagai album runut bunyi filem-filem animasi mereka menerusi Spotify.

Pada waktu ini runut bunyi yang dihasilkan oleh Joe Hisaishi sahaja ditawarkan kepada pengguna. Antara yang boleh distrim ialah album dari filem Princess Monoke, Porco Rosso, My Neighbour Totoro, The Wind Rises, Spirited Away dan banyak lagi. Selain runut bunyi rasmi, album imej yang mendapat inspirasi dari muzik asal turut boleh distrim.

Minggu lalu Studio Ghibli mula menawarkan muzik mereka ke Spotify dan Apple Music kepada pengguna di Jepun. Kami hanya menyedari kewujudan album-album ini di Malaysia sejak semalam. Sebelum ini Studio Ghibli menawarkan album-album mereka hanya menerusi Apple Music kepada pengguna di Malaysia. Selamat mendengar.

Ikuti senarai main rasmi This is Studio Ghibli di Spotify



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.