Twitter Mula Menguji “Stories” Tersendiri Dinamakan Fleet
Twitter hari ini mengumumkan mereka akan mula menguji variasi perkongsian kandungan seumpama “Stories” daripada pihak Twitter tersendiri, dinamakan Fleet. Melaluinya, pengguna boleh berkongsi kandungan ke Twitter, yang mana akan hilang selepas tempoh 24 jam.
Twitter hanya mengujinya di Brazil sahaja, buat masa ini. Melalui Fleet, pengguna boleh berkongsi kandungan yang akan hilang selepas tempoh 24 jam – sekaligus membuatkan lebih ramai terbuka untuk berkongsi.
Perkongsian di Fleet tidak boleh di RT, suka, dan sebagainya. Tetapi, pengguna boleh berinteraksi dengan menghantar DM kepada pengguna berkaitan.
Fleet turut dihadkan kepada perkongsian 280 aksara, selain boleh turut menambah gambar, video dan juga GIF.
Dengan ciri ini, Twitter dijangka akan mengalakkan lagi pengguna berkongsi kandungan yang lebih kasual, dan sebagainya – dan tidak perlu risau ia akan dikongsikan pengguna lain dalam bentuk RT dan sebagainya.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan ditawarkan dengan lebih meluas kepada pengguna dinegara lain.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment