Hi! Welcome Back and Stay Tune! Doktor Kesal Sikap Rakyat Malaysia! Tiket Flight AirAsia Ke Seoul Full Booked! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Doktor Kesal Sikap Rakyat Malaysia! Tiket Flight AirAsia Ke Seoul Full Booked!



Mungkin Ramai yang belum paham sebab hanya kami doctor2 yang nampak apa yang berlaku dan akan berlaku... 

Nota dari Doctor prihatin..
Tatkala cuti pegawai kesihatan dibekukan kerana covid19, ada sekumpulan manusia yang masih berdegil nak bercuti ke luar negara padahal tahu di sana bnyk kes covid 19 dan penularannya lebih dasyat.. 

Kalau anda berfikir,  "ala,  balik dari sana,  kalau ada batuk selsema pergi je lah hospital utk screening"

Oh itu mmg ucapan yang sangat selfish

Ia tak semudah itu kawan. 

Contact screening memerlukan tenaga pegawai kesihatan yg banyak. 

Personal protective equipment (mask,  gloves,  baju pegi bulan)  bukan nya murah. 


Kalau anda seorang kena, semua org yg pernah jumpa anda perlu dicari dan dicek seorang demi seorang. 

Kalau ditakdirkan waktu anda mula2 dtg ke hospital tanpa beritahu sejarah perjalanan anda,  anda mungkin mendedahkan pekerja2 di hospital kpd jangkitan itu.  Apa kesannya?  Kesemua pekerja itu perlu dicutikan. 

Jadi apa jadi kpd para pekerja kesihatan yg terpaksa dicutikan?  Perlu lah pegawai kesihatan dari department lain atau hospital lain dipanggil utk mengisi kekosongan itu.. 

Perkhidmatan elektif diberhentikan buat seketika waktu.


Kini,  hospital yg menerima kes covid19 telah mula memberhentikan perkhidmatan elektif kerana nak memaksimakan sumber manusia dan wang utk menghadapi "serangan covid19".

Doktor2 dari bidang lain dikerah bersama2 dgn frontliners di jabatan kecemasan. 

Anda faham apa itu perkhidmatan elektif? 
Maksudnya pembedahan/ rawatan yang dikategorikan sebagai bukan "life threatening" semua nya akan diberhentikan. 

Saya bagi contoh rawatan elektif.

Kalau bidang Rehabilitation Medicine (perubatan pemulihan)
- pesakit stroke yang sepatutnya dimasukkan utk rawatan pemulihan intensif,  utk pulihkan lemah separuh badannya,  terpaksa ditangguhkan.  Maka mereka mungkin terlepas masa keemasan utk pulihkan fungsi mereka..


- pesakit yang lumpuh akibat cedera saraf tunjang juga hadapi masalah yg sama.  Mungkin sepatutnya kami admit utk ajar mereka guna kerusi roda,  atau ajar uruskan sistem buang air besar/kecil mereka (yg terjejas akibat cedera saraf tunjang)..  Semua perlu ditangguhkan.. 
Bila rawatan ini akan dikategorikan sebagai emergency?
---.> bila mereka ada komplikasi sbb kurang bergerak seperti pulmonary embolism (darah beku dlm peparu)  atau pesakit stroke dapat aspiration pneumonia (jangkitan kuman paru paru kerana tersedak makanan),  atau mereka dpt serangan stroke kedua sbb proses pemulihan terjejas.. 
Kenapa?  Sebab anda nak pergi bercuti. 

Kalau bidang kepakaran mata.. 
- pembedahan katarak mungkin perlu ditangguhkan.  Maka terpaksa lah makcik pakcik yang matanya kabur bertahan saja dgn mata yg kurang nampak utk lbh lama lagi.. 
Kenapa?  Sebab anda nak pergi bercuti..

Kalau bidang bedah saraf,  mungkin pesakit yang ada arteriovenous malformation (gumpalan salur darah dlm otak yang tak normal)  terpaksa menangguhkan pembedahan mereka..  Kalau ini bunyi nya mcm serius dikategorikan sebagai rawatan elektif,  bila pula ia akan dikategorikan sebagai emergency? 
---> tungga lah dia pecah dan menyebabkan pendarahan dalam kepala..  Haa time nj baru consider emergency dan akan buat pembedahan segera.. 
Kenapa?  Sebab anda nak pergi bercuti. 

Kalau bidang orthopedics pula..   Pembedahan seperti total knee replacement (ganti tempurung lutut)  itu dikategorikan sebagai elektif..  Maka bertahan lah pakcik makcik dgn sakit lutut yg teruk sampai tak blh jalan dan tak blh tidur..
Kenapa?  Sebab anda nak pergi bercuti. 

Anda nampak hubungkaitnya sekarang? 
Mari saya recap. 

Anda berkeras utk pergi bercuti --> anda mungkin dapat covid 19--> anda sebarkan kpd org sekeliling--> pegawai kesihatan perlu buat contact tracing. -->disebabkan ramai yg terlibat maka perlu tarik doktor2 dari jabatan perubatan lain--. > maka jabatan perubatan lain terpaksa hentikan rawatan elektif--> maka berlakulah senario seperti di atas.. 

Saya blm cerita lagi ttg kawan2 saya di komuniti yang actively pergi buat screening dan contact tracing..  Tak sempat nak ke tandas.  Tak smpat makan.. 

Mereka juga ada isteri/suami dan anak2 kecil..
Bayangkan kalau mereka juga terjangkit.. 

Maafkan saya sekiranya bahasa saya ada sedikit nada kasar atau keras.

Bukan apa,  keadaan skrg dh agak serius. 

Kami di fasiliti kesihatan semakin terasa keperitannya.  Nak ambil mask pun dh kena catu tau tak?  Sampai mcm tu sekali.

Isu covid19 dah jdi msalah sejagat.  Masalah kita semua.  Jadi kita semua kena ambil peranan masing2.. Tangguhkan lah seketika niat nak bercuti..  Atau perhimpunan/ perjumpaan yang melibatkan ramai org.. 

Kalau anda ada terdedah dgn kes covid19 jangan simpan info ini pd saat akhir.  Beritahu awal2 supaya anda disaring oleh pegawai yg bersedia utk memeriksa anda..  Bersedia dgn pemakaian PPE yang lengkap. Dan di tmpt saringan yg khas.  Jangan duduk di sblh org yg mempunyai ketahanan badan yg lemah seperti ibu megandung/ org tua/ kanak2 /pesakit kronik..

Minta maaf terkasar bahasa

Akhir kata

Tangguhkan niat anda utk bercuti ke luar negara


Dr Jue


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.