Kelajuan Memindah Data Pixel 4 Berkali Ganda Perlahan Berbanding Pesaing, Kerana Port USB-C Yang Murah
Google Pixel 4, walaupun ada banyak kecaman terhadap peranti ini – ia tidak dinafikan masih sebuah peranti yang baik. Fotografi dari dwi-lensa yang menakjubkan, sistem operasi yang pantas, kemaskini yang pantas, pengalaman penggunaan Android asli yang baik atau juga penggunaan Google Assistant yang memuaskan. Namun, peranti ini dikecam kerana Google kedekut dengan spesifikasi seperti iPhone dua tahun lepas.
Dalam ulasan Pixel 4 saya, ada saya sebut mengenai masalah pemindahan data pada peranti ini. Google menggunakan storan dalaman UFS 2.1 dan ia amat perlahan berbanding dengan peranti pesaing. Namun, port USB-C yang digunakan adalah USB 3.1 yang mana adalah perkakasan yang agak baik dan selari dengan peranti pesaing.
Selepas pihak Android Authority lakukan ujian terhadap kepantasan memindah data (baca & tulis), mereka dapati Pixel 4 adalah yang paling teruk – walaupun peranti Pixel lain menggunakan sistem storan yang sama. Kelajuan baca dan tulis Pixel 4 ini lebih perlahan dari peranti Pixel 2016 yang sudah berusia empat tahun. Ya, benar – UFS 3.0 adalah lebih pantas dari UFS 2.1. Namun peranti-peranti pesaing ini, menggunakan perkakasan yang sama – iaitu port USB-C 3.1. Bezanya terlampau jauh dan teruk. Bayangkan, prestasi baca dan tulis memori Pixel 4 ini lebih rendah dari Honor View 20!
Android Authority membuat spekulasi yang Google menggunakan sistem MTP yang lemah dan juga berkemungkinan besar, mereka menggunakan port USB-C yang murah dan tidak berkualiti. Paling mengecewakan adalah, tiada cara untuk perkara ini diperbaiki. Walaupun Google pakar dalam membaiki masalah dengan memberi kemaskini, isu baca dan tulis pada memori ini adalah masalah perkakasan dan bukannya perisian.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment